KELANTAN DARUL NAIM
1. Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang
Terpelihara dengan flora dan fauna yang menyubur, Taman Negara Kuala Koh ialah pintu masuk utara ke Taman Negara. Bumbun atau pondok pemerhati dari mana pelbagai haiwan liar dapat diperhatikan boleh didapati di sekitar taman alam ini. Di sini juga terdapat denai hutan, laluan kanopi dan penempatan orang asli.
2. Gelanggang Seni Kota Bharu
Dikenali sebagai pusat rakyat Kelantan, Gelanggang Seni adalah tempat di mana anda boleh mencuba permainan atau alat muzik tradisional dan menyaksikan persembahan kebudayaan tradisional negeri ini seperti Wayang Kulit dan Mak Yong.
|
1 Ulasan:
Interesting :)
Catat Ulasan