Fly Away
Home About Stuffs Blog Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

SARAWAK
Jumaat, 11 September 2015 • 10:44 PTG • 0 comments



1. Taman Negara Gunung Mulu

Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak
Sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, Taman Negara Gunung Mulu dipenuhi dengan khazanah semula jadi termasuk rangkaian gua yang kompleks dan pembentukan geologi yang jarang ditemui. Taman ini dihuni ribuan spesies haiwan dan tumbuhan, seperti beruang matahari dan orkid liar. Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah laluan dalam gua dan ruang gua yang terbesar di dunia, gua yang terpanjang di Asia, ceracak batu kapur dan pembentukan geologi yang menyerupai profil sisi wajah Abraham Lincoln, mantan Presiden Amerika Syarikat.


2. Dermaga Kuching

Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak
Dermaga Kuching diapit oleh pemandangan laut yang menakjubkan dan bangunan-bangunan warisan yang berdiri megah. Berhampiran dengan esplanad sepanjang 900 meter ini ialah beberapa tarikan utama bandaraya ini seperti Muzium Sejarah Cina, Bangunan Kapal Wap Sarawak, Menara Segi Empat dan Bazar Utama. Bersiar-siar di sepanjang dermaga ini sambil menikmati pemandangan indah di kala senja.

3. Taman Negara Bako
Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak
Taman Negara Bako terletak tidak jauh dari ibu kota negeri ini mempunyai landskap yang indah dan pembentukan semula jadi yang sungguh cantik. Taman ini juga dihuni oleh beberapa spesies haiwan yang jarang ditemui seperti monyet Probosis dan lutong serta lebih daripada seratus spesies burung.


0 Ulasan:

Catat Ulasan


|