Fly Away
Home About Stuffs Blog Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

JOHOR DARUL TAKZIM
Rabu, 9 September 2015 • 8:10 PG • 0 comments



1. Pantai Kampung Air Papan




Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″U103°50′5.6″T, merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor,Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. 



Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar, Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan.


2. Pulau Rawa / Rawa Island



Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatandi pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.


3. Kota Tinggi Waterfalls / Air Terjun Kota Tinggi



Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor,Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. 

Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikananyang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. 

Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. 

Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru,Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampunganorang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.



0 Ulasan:

Catat Ulasan


|